comscore
Tumpuan :
Nasional

 Lokar pelajar terbakar ketika sambutan Hari Guru

 

JENGKA : Penghuni asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Jengka 2 dikejutkan dengan amaran kebakaran di asrama itu pada sambutan Hari Guru jam 7.18 pagi tadi.

 

Insiden menyebabkan mereka bergegas turun ke kawasan lapang  .

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata kebakaran berlaku berpunca daripada sebuah lokar pelajar.

“Dinding berdekatan lokar itu dan siling turut terjejas akibat kebakaran berkenaan. Api dapat dipadamkan daripada merebak dengan menggunakan alat pemadam api.

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka bergegas ke tempat kejadian dengan dua jentera sejurus menerima panggilan kecemasan,” katanya .

Zulfadli berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran

Loading...
Terkini