comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lokasi kejadian pokok tumbang dibuka semula


Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Lokasi kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, ibu negara telah dibuka semula untuk kegunaan orang awam.

Tinjauan Buletin TV3 di lokasi mendapati, kerja pembersihan masih dilakukan di bahu jalan yang terlibat.

Menurut pekerja yang menggunakan jalan ini jam 6 pagi tadi, keadaan sesak disebabkan hanya 1 lorong sahaja dibuka, sehingga ada yang lewat masuk ke pejabat.

Bagaimanapun trafik lancar ketika tinjauan ini dilakukan bermula jam 10 pagi, dengan kedua-dua arah dan kesemua lorong dibuka.

Turut kelihatan kontraktor syarikat Alam Flora melakukan perbersihan di sekitar lokasi kejadian.

Perhentian bas dan lampu jalan yang rosak juga telah dialihkan.

Tinjauan juga mendapati terdapat kerja-kerja baikpulih dan penilaian ke atas keselamatan struktur landasan Monorel oleh jurutera.

Pihak Rapid Rail San Bhd yang dihubungi memaklumkan proses tersebut telah selesai dijalankan.

Buat masa ini, pihaknya menunggu laporan serta ujian pengesahan akhir yang akan dijalankan sebelum operasi Laluan Monorel dibuka sepenuhnya kepada orang ramai.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa dilaporkan cedera selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini