comscore
Tumpuan :
Nasional

Lokasi Pembakaran Terbuka Hanya 500 Meter Dari Kawasan Perumahan

Satu aduan dibuat penduduk berhubung pembakaran terbuka di Tapak Pelupusan Sampah Zon Keratong A, Pahang.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melalui satu hantaran di Facebooknya berkata aduan berkenaan diterima melalui aduan penduduk yang mendakwa pembakaran terbuka berkenaan sudah berlarutan hampir dua minggu, selain lokasinya hanya 500 meter dari kawasan perumahan.

Datuk Seri Tuan Ibrahim berkata berikutan aduan berkenaan, Jabatan Alam Sekitar Pahang dan pegawai dari Pejabat Menteri digerakkan ke lokasi berkenaan untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini