comscore
Tumpuan :
Nasional

Lori bawa biji besi terbakar di Lebuhraya PLUS

Oleh: Kumaran Rajamoney

BAGAN SERAI: Sebuah lori yang membawa muatan biji besi terbakar di kilometer 188.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan panggilan mengenai kejadian itu diterima pihaknya sekitar jam 2.05 petang tadi.

“Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai tiba di lokasi kejadian sekitar jam 2.38 petang, dan berjaya mengawal api kira-kira 10 minit kemudian.”

“Kebakaran itu melibatkan kemusnahan sekitar 70 peratus struktur dan tidak melibatkan mangsa.

Ketua operasi tambahnya telah melaksanakan ‘size-up’ serta mengaplikasikan konsep RECEO.

Pemadaman kebakaran dilakukan dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula air tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.

Operasi pemadaman kebakaran itu katanya, tamat sekitar jam 4.14 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini