comscore
Tumpuan :
Nasional

Lori bertembung dengan pacuan empat roda , satu maut, dua cedera

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas kereta pacuan empat roda yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Batu 16 Jalan Lahad Datu, Sandakan, petang tadi.

Ketua Balai dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid ketika dihubungi berkata, nahas menyebabkan seorang pemandu tersepit di dalam kenderaan jenis Toyota Hilux dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa yang maut itu dikenalpasti sebagai Sharif Zul, 20 tahun.

Menurut Sumsoa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.48 petang mengenai kemalangan itu.

Seramai sembilan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian beserta sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Terdapat tiga orang mangsa lelaki terlibat, seorang pemandu lori mengalami kecederaan dan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dibawa ke Hospital berdekatan oleh EMRS, “katanya ketika dihubungi.

Mangsa yang cedera merupakan penumpang Toyota Hilux, Jalilul Bin Bayani, 58, manakala seorang lagi mangsa yang cedera merupakan pemandu lori, Zakaria Lasim, 54.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.20 petang.

Loading...
Terkini