comscore
Tumpuan :
Nasional

Lori jatuh gaung, 2 terselamat

FOTO: JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

RANAU: Dua cedera termasuk seorang parah apabila lori tiga tan yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Ranau – Tambunan, Kampung Tungou, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 pagi.

Kemalangan membabitkan sebuah lori Isuzu tiga tan terbabas sendiri dan terjunam ke dalam gaung setinggi tiga meter.

“Terdapat dua mangsa lelaki berusia 35 dan 56 terbabit dan berjaya keluar sendiri dari kenderaan sebelum jentera bomba tiba.

“Pasukan bomba bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi ditamatkan pada jam 4.45 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Loading...
Terkini