comscore
Tumpuan :
Nasional

Lori jatuh gaung, wanita maut, suami patah tangan

FOTO: Ihsan bomba

KULIM: Seorang wanita maut selepas lori tanah yang dinaiki bersama suaminya jatuh gaung di kawasan Kuari Pancor, Kampung Air Putih, Junjong, di sini hari ini.

Dalam kemalangan yang berlaku jam 8.40 pagi tadi, suami mangsa yang berusia 30-an itu cedera parah.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.49 pagi.

Susulan itu sepasukan anggota dari BBP Kulim yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sholihin Saan bersama lapan anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Sungai Bakap, Pulau Pinang dan jumlah keseluruhan anggota yang terbabit dalam operasi itu adalah seramai 15 orang.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat sebuah lori tanah dipercayai jatuh gaung dan terdapat dua mangsa iaitu pasangan suami isteri.

“Namun wanita berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala suaminya patah tangan serta luka di bahagian kepala,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini