comscore
Tumpuan :
Nasional

Lori langgar lori, seorang pemandu maut

Oleh Shaharil Kadir

TELUK INTAN: Seorang pemandu lori yang membawa muatan tong gas maut selepas kenderaan yang dipandunya melanggar sebuah lori yang berhenti di bahu jalan di simpang empat Sejagup, Kampung Gajah, di sini.

 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 1.49 petang.

Anggota penyelamat dari Balai Bomba Kampung Gajah dibantu balai Teluk Intan kemudiannya digerak ke lokasi kejadian.

Nahas itu menyebabkan mangsa telah tersepit di dalam kenderaannya.

Bagaimanapun pemandu lori kontraktor kabel tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anggota penyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat kira-kira jam 3.18 petang.

Loading...
Terkini