Tumpuan :
Nasional

Lori minyak sawit alami kebocoran akibat kemalangan di Lebuhraya PLUS

FOTO: Ihsan JBPM Perak

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Sebuah lori treler yang membawa muatan minyak sawit mentah seberat 45 tan mengalami kebocoran akibat kemalangan di KM 348.2, Lebuhraya PLUS arah Selatan, dekat Bidor tengah hari tadi.

Bilik Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan laporan kejadian itu diterima pihaknya kira-kira jam 12.52 tengah hari.

“Treler itu mengalami kebocoran setelah dilanggar oleh sebuah lori lain. Tiada mangsa yang mengalami kecederaan.

“Kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan meletakkan serbuk kayu, dengan bantuan pihak penyelengaraan lebuhraya,” katanya.

Operasi dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat itu tamat sepenuhnya menjelang jam 2.45 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini