Tumpuan :
Nasional

Lori sampah rempuh 3 rumah di Kajang

KAJANG: Sebuah lori sampah dipercayai terbabas dan merempuh tiga kediaman di Taman Bukit Mewah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 3.40 petang itu.

“Siasatan mendapati pemandu lori bersama tiga orang pekerja sedang menjalankan tugas mengutip sampah di kawasan berkenaan.

“Secara tiba-tiba pemandu lori dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tiga rumah di kanan jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, beliau meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Izzatul Aira di talian 017-2737696.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini