comscore
Tumpuan :
Nasional

Lori simen terbalik, pemandu maut 

TAWAU: Seorang pemandu lori simen maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik di bahu jalan Loji Cinta Mata Gate Merah, Taman Bukit Tawau, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kita 9.50 pagi itu, mangsa lelaki berumur 40 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.53 pagi sebelum lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 20 kilometer dari balai.

‘Setibanya di lokasi didapati seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu sebelum pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada lagi keberbahayaan lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 11.35 pagi,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini