comscore
Tumpuan :
Nasional

Lori tangki bawa minyak sawit terbabas

FOTO: JBPM

REMBAU: Sebuah lori tangki yang membawa minyak kelapa sawit terbalik dan menghadang jalan di Kilometer (Km) 243, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara, dekat sini, hari ini, menyebabkan kesesakan hampir 10 kilometer.

Nahas kira-kira jam 12.30 tengah hari menyebabkan muatan minyak sawit tumpah di lebuh raya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan berkata, seramai 14 petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau dan Senawang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada 12.29 tengah hari.

“Kemalangan membabitkan sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki Melayu berusia 30-an tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan oleh pasukan keluaran operasi,” katanya, di sini, hari ini.

Sementara itu, PLUS menerusi di media sosialnya memaklumkan kemalangan turut membabitkan lima kereta dan lori tangki di lokasi berkenaan.

Menurutnya, sehingga jam 2.48 petang, lorong tengah arah selatan, lorong kanan dan tengah arah utara masih terhalang.

“Trafik sesak 9.5 kilometer arah utara dan perlahan 8 kilometer arah selatan. Sila rancang perjalanan anda. Pandu cermat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini