comscore
Tumpuan :
Nasional

Lori tangki rempuh 7 kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang

JOHOR BAHRU: Sebuah lori tangki merempuh tujuh kenderaan lain dalam kemalangan, di kilometer 24.3, Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran susur keluar Taman Rinting, Masai, hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 11.30 pagi ketika lori terbabit dan semua kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari arah Perling ke Pasir Gudang.

Menurut saksi, lori yang dipercayai hilang kawalan merempuh dua buah kenderaan pacuan empat roda 4×4 Mitsubishi Triton dan sebuah lori sebelum melanggar lima buah kereta lain termasuk sebuah Honda City, Perodua Axia dan Mazda CX-5.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun katanya, polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan berkenaan.

Difahamkan tiada mangsa yang maut dalam kemalangan berkenaan.

Dalam pada itu, pusat gerakan operasi (PGO) Jabatan bomba dan penyelamat Johor memaklumkan, sebuah jentera bersama 6 anggota dari balai bomba pasir gudang dikejarkan kel lokasi sebagai menerima panggilan jam 11.43 pagi.

Sebaik tiba anggota bomba mendapati lapan buah kenderaan terbabit dalam kemalangan berkenaan dan semua mangsa telah dikeluarkan oleh orang ramai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini