comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lori tangki terbakar, pemandu nyaris maut

Tangkap layar video tular

ARAU: Seorang pemandu lori tangki nyaris maut apabila kenderaan yang dipandu tiba-tiba terbakar.

Kejadian berlaku di KM1 Jalan Ulu Pauh-Padang Besar berhampiran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kampus Pauh Putra, kira-kira jam 11.20 malam semalam.

@buletintv3

Seorang pemandu lori tangki nyaris maut apabila kenderaan dipandunya itu tiba-tiba terbakar di KM 1 Jalan Ulu Pauh-Padang Besar, malam tadi. Kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa dan berjaya dikawal sepenuhnya oleh anggota bomba jam 12.40 tengah malam. beritaditiktok buletintv3 loriterbakar

♬ original sound – BuletinTV3 –

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, siasatan awal pihak bomba mendapati, kebakaran lori tangki muatan minyak masak dari Seberang Perai menghala ke Padang Besar ini berpunca daripada masalah teknikal atau pendawaian.

Bagaimanapun kejadian tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Anggota bomba berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran sekitar jam 12.40 tengah malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini