comscore
Tumpuan :
Nasional

Lori terbabit kemalangan, muatan daging babi sejuk beku bergelimpangan 

GUA MUSANG: Sebuah lori yang membawa muatan hampir 50 ekor daging babi sejuk beku terbabit dengan kemalangan di Kampung Kuala Tool, di sini hari ini menyebabkan daging babi itu bergelimpangan di atas jalan.

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi itu, lori itu terbabit kemalangan apabila dinding sebelah kirinya tercabut.

Kerja-kerja mengalihkan daging babi sejuk beku terbabit dilakukan oleh lima orang asli yang tinggal berhampiran kawasan itu.

Difahamkan sehingga jam 4 petang tadi kerja-kerja mengalihkan daging terbabit masih belum selesai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkenaan kejadian terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini