comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lori terkandas banjir di Jambatan Gemunchor terbakar

Sebuah lori balak terbakar berdekatan Jambatan Gemuchor hari ini.- Foto: Amir Hamzah Nordin

LIPIS: Sebuah lori terbakar ketika sedang berhenti berhampiran sebuah jambatan yang tidak boleh dilalui kerana dinaiki air dan melimpah di jalan utama berdekatan Kampung Gemunchor, dekat sini, pada jam 11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata keadaan menjadi semakin sukar apabila pemandu lori itu melihat asap tiba-tiba keluar daripada papan pemuka lori.

Pemandu itu cuba membuka pintu lori tersebut untuk melihat kejadian yang berlaku di hadapan kenderaannya, kemudian menyusul api dan terus merebak,” katanya.

Tambahnya lagi, ketika kejadian pemandu berkenaan dalam perjalanan menghantar kayu balak dari Pahang ke Yong Peng, Johor.

Katanya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis tiba di tempat kejadian pada jam 12.30 tengah hari untuk memadamkan kebakaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran lori balak itu pada jam 11.52 pagi hari ini.

Seramai tujuh anggota dari balai bomba di sini dan sebuah jentera diketuai pegawai operasi, Anuar Rafar digegaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, pegawai operasi melaporkan terdapat kebakaran sebuah lori balak yang sudah musnah 100 peratus terbakar dan tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya.

Loading...
Terkini