comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Lovechestra Mahalini Live In Kuala Lumpur’ sarat dengan emosi  

KUALA LUMPUR: Biarpun sebelum ini penyanyi popular dari seberang, Mahalini Ayu Raharja enggan membuka mulut soal peribadi kisah cintanya dengan Rizky Febian, namun konsert ‘Lovechestra Mahalini Live In Kuala Lumpur’ malam tadi seolah menjadi bukti cinta mereka.

Buat julung kalinya menampilkan tunang tercinta, Rizky Febian di atas satu pentas yang sama, persembahan yang disajikan kepada ribuan penonton nyata sangat mengasyikkan.

Konsert itu memberi pengalaman berbeza dengan konsertnya di Malaysia sebelum ini, dengan turut diserikan iringan kumpulan orkestra seramai 20 orang pemuzik profesional tempatan.

Penyanyi jelita itu turut menyuntik pelbagai elemen yang menarik antaranya ketika melantunkan lagu Kisah Sempurna, dia tampil di atas buaian khas berelemenkan flora.

Mahalini juga bijak bermain dengan emosi dimana dia menampilkan kanak-kanak untuk ‘intro’ lagu Sisa Rasa dan kemudian diiringi dengan paparan skrin kenangan indahnya bersama mendiang ibu tercinta.

Hampir 16 buah lagu dipersembahkan antaranya Sial, Melawan Restu, Bohongi Hati dan banyak lagi dalam konsert yang berdurasi lebih dua jam itu.

Penonton yang ditemui juga rata-rata berpuas hati dan berharap agar ini bukan kali terakhir pasangan romantis itu berduet bersama di atas satu pentas.

Konsert malam tadi juga turut menjadi malam bertuah bagi salah seorang pembeli tiket yang telah berjaya memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah kereta, serta pemenang lainnya dengan hadiah-hadiah yang menarik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini