comscore
Tumpuan :
Nasional

LRA Bukit Nenas henti tugas, gangguan bekalan air di KL 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nenas terpaksa dihenti tugas susulan peningkatan warna dalam air terawat yang dikesan jam 7.30 malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, henti tugas itu mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual kepada sebahagian kawasan di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, syarikat itu sedang menyiasat punca kejadian itu.

Antara kawasan terjejas ialah Bukit Bintang, Bukit Ceylon, Chow Kit, Dang Wangi dan Capsquare, Hampshire Park, Hospital Kuala Lumpur – Faculty Health Science & Paediatric Institute, Imbi, Kampung Baru dan Kampung Datuk Keramat – Jalan Damai.

Turut terjejas, Kuala Lumpur City Centre merangkumi Jalan Binjai, sebahagian Jalan Ampang, Tun Razak, Jalan P Ramlee, Sultan Ismail, Jalan Conlay, Jalan Stonor, Eaton, Kia Peng, Lorong Ampang, Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Pinang, Law Yew Swee, Jalan dan Lorong Perak Medan Tuanku.

Untuk Pudu pula, ia membabitkan Jalan Pudu, Bruneid dan Changkat Thambi Dollah, manakala Titiwangsa Sentral pula membabitkan Jalan Lumut, Chemur dan Datuk Haji Eusoff.

Air Selangor berkata, bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal.

“Kami sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas.

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini