comscore
Tumpuan :
Nasional

LRA Kelar kembali pulih, AKSB yakin tiada masalah air semasa Aidilfitri

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin. – FOTO: Datuk Dr Izani Husin/ Facebook.

KOTA BHARU: Gangguan bekalan air di Pasir Mas dan Tumpat yang berlaku sejak beberapa hari lalu semakin pulih berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Kelar, Pasir Mas sudah beroperasi seperti biasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin berkata hasil tindakan segera pihak berwajib berjaya menyelesaikan masalah yang menjejaskan 48,635 akaun membabitkan penduduk di beberapa kampung di Pasir Mas serta Tumpat.

“Daripada krisis kepada tindakan! Berpadu tenaga melawan masa! Loji Rawatan Air Kelar, Pasir Mas telah pulih seperti biasa. Tahniah semua!,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau memaklumkan turut membuat lawatan kerja ke pejabat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Jajahan Tumpat seterusnya meninjau muka sauk LRA Kelar.

Gangguan bekalan air yang berlaku sejak beberapa hari lalu akibat musim kemarau yang berterusan menyebabkan berlakunya penurunan paras air yang kritikal di muka sauk LRA Kelar.

Mengikut kenyataan media yang dikeluarkan oleh AKSB semalam, gangguan itu juga disebabkan kerosakan dua unit pam akibat mendapan pasir dan sampah.

Menurut AKSB, pihaknya sedang menjalankan beberapa inisiatif dan menjangka keadaan kembali pulih menjelang Aidilfitri nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini