comscore
Tumpuan :
Nasional

LRT Bukit Jalil dilanjutkan ke 2 pagi ini

LRT Bukit Jalil dilanjutkan malam ini. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi ini, bagi menampung penumpang yang dijangka meningkat kerana beberapa acara di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil.

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan berkata, operasi semua stesen akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir.

Operasi bas Rapid KL bagi laluan-laluan yang terpilih akan dilanjutkan sehingga 2.30 pagi iaitu laluan bernombor 173, 190, 250, 772, 400, 450, 590, 600, 640, 652, T580, T582, 300, 303, 751, T460, T803, T101, T102 dan T103.

Sementara itu, berikutan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang di antara Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandar Raya, penumpang dinasihatkan menggunakan laluan alternatif yang disediakan untuk ke Stesen LRT Bukit Jalil.

“Bagi mengelakkan kesesakan, penumpang dinasihatkan agar terus membeli token perjalanan pulang sebaik sahaja tiba di Bukit Jalil, ataupun menggunakan kad Touch ‘n Go.

“Sila pastikan baki kad mencukupi dan anggota Polis Bantuan tambahan akan ditempatkan di stesen utama bagi mengawal pergerakan penumpang.

“Prasarana meminta penumpang agar mematuhi peraturan ketika menggunakan perkhidmatan rel dan bas, termasuk sentiasa memakai pelitup muka.

“Kami memohon maaf di atas kesulitan akibat daripada gangguan perkhidmatan di antara Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandar Raya,” katanya.

Perkhidmatan bas juga dilanjutkan malam ini. – FOTO: NSTP
Loading...
Terkini