comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] LRT dijangka pulih lebih awal – PM

 

Perdana Menteri, Ismail Sabri.

“Setakat ini semua sistem keselamatan stabil mengikut data ujian yang diperoleh dengan menggunakan 38 set tren di laluan Putra Heights ke Gombak sepanjang hari ini.

“Sistem isyarat dan komunikasi sedang diuji lagi malam ini dan dinilai untuk memastikan LRT laluan Kelana Jaya bersedia untuk beroperasi dengan selamat lebih awal daripada Selasa ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Batu Papan di Kuala Bera, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri mengakui bimbang kejadian sama berulang sehingga menganggu aktiviti harian warga kota.

Beliau berkata, siasatan menyeluruh akan dijalankan terutamanya ia berlaku ketika musim kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) giat berlangsung.

Rapid KL pada Rabu memaklumkan penggantungan operasi selama tujuh hari membabitkan 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park.

Dalam kenyataannya, Rapid KL memaklumkan gangguan berkenaan berkaitan dengan komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini