comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] LRT laluan Kelana Jaya sekali lagi alami gangguan sistem brek

LRT laluan Kelana Jaya ke Lembah Klang alami gangguan akibat masalah sistem brek. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya, sekali lagi mengalami gangguan sistem brek, hari ini menyebabkan kekerapan semasa tren, bertambah tengah hari ini.

Rapid KL menerusi laman Facebook rasminya menyebut, jangkaan kekerapan tren meningkat kepada 10 minit di beberapa stesen di antara Kelana Jaya ke Lembah Subang.

“Hal ini disebabkan sebuah tren dibawa keluar daripada perkhidmatan kerana gangguan sistem brek.

“Jadual perjalanan sedang diselaraskan bagi memastikan kelancaran perjalanan bagi laluan berkenaan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman media sosial PRASARANA serta laman web https://myrapid.com.my.

Pengguna juga digalak memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store untuk maklumat terkini serta bagi merancang perjalanan.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata perkhidmatan LRT bagi laluan Kelana Jaya dijangka pulih sepenuhnya dan beroperasi pada kapasiti penuh dengan 48 set kereta api menjelang suku ketiga 2023.

Beliau mengakui, perkhidmatan tren berkenaan berdepan pelbagai gangguan dan masalah, antaranya kekurangan set kereta api.

“Setakat ini, perkhidmatan kami tidak stabil sepenuhnya dan saya minta maaf untuk itu. Kita juga akan memastikan masalah teknikal dan penyelenggaraan perlu diberikan perhatian secara serius dan Prasarana sudah mempunyai perancangan.

Kami berharap menjelang Jun tahun depan semuanya akan stabil,” katanya.

Beliau dilaporkan berkata, setakat ini, Rapid KL mempunyai 56 set kereta api, namun hanya 38 beroperasi, manakala 18 lain sedang diselenggara.

“Ini adalah laluan paling sibuk dalam laluan LRT dan MRT di Lembah Klang, yang mana secara purata terdapat 200,000 penumpang menggunakan laluan Kelana Jaya,” katanya.

Loading...
Terkini