comscore
Tumpuan :
Nasional

LRT laluan Kelana Jaya selamat, stabil

LRT Laluan Kelana Jaya

KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan pemerhatian ke atas sistem kritikal perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya adalah selamat dan stabil.

Dalam kenyataannya, Rapid Rail giat menjalankan ujian ke atas 38 tren dan ia penting dalam menentukan kestabilan serta keboleharapan, sebelum sebarang keputusan untuk membuka sepenuhnya laluan itu.

“Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya hanya akan dibuka kepada orang ramai selepas ujian-ujian yang dijalankan tidak menunjukkan sebarang gangguan kepada sistem kritikal keselamatan, dan lulus penilaian oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat,” katanya.

Sebelum ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan perkhidmatan LRT antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula 9 hingga 15 November susulan perkhidmatan yang didapati tidak stabil.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya kini hanya beroperasi dari stesen Gombak ke stesen Damai serta dari stesen Lembah Subang ke stesen Putra Heights. – BERNAMA

Loading...
Terkini