comscore
Tumpuan :
Nasional

LRT laluan Kelana Jaya terganggu akibat petir

LRT Laluan Kelana Jaya

KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya memohon maaf kepada pengguna yang mengalami kesulitan akibat gangguan teknikal yang berlaku pada 5.46 petang tadi.

Rapid KL dalam kenyataan berkata, gangguan ini berpunca daripada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang atau ‘Passenger Intruder Emergency System (PIES) yang teraktif (activated) secara tiba-tiba disyaki disambar petir di Stesen LRT Kerinchi dan menyebabkan tren dari kedua dua arah tidak dapat melalui kawasan terbabit.

Menurutnya, kakitangan teknikal sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih.

“Akibat daripada gangguan itu, semua tren yang melalui kawasan terbabit terpaksa dipandu secara manual. Ini mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan platform berlaku di beberapa stesen.

“Perkhidmatan bas perantara percuma disediakan bagi membawa penumpang dari Stesen LRT Bangsar ke Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Pasar Seni,” katanya.

Katanya, kakitangan operasi dan Polis Bantuan ditempatkan di platform bagi mengendalikan orang ramai.

“Pengumuman menerusi laman media sosial Rapid KL, di stesen dan di dalam tren dilakukan untuk makluman pengguna,” katanya.

Loading...
Terkini