comscore
Tumpuan :
Nasional

LRT laluan stesen Ampang Park- Masjid Jamek terjejas

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya, pada masa ini mengalami masalah bekalan kuasa membabitkan lima stesen bawah tanah antara stesen LRT Ampang Park dan stesen LRT Masjid Jamek.

Rapid Rail memaklumkan, gangguan berkenaan berlaku pada jam 7.50 malam tadi menyebabkan fasiliti seperti lif, eskalator dan lampu tidak dapat berfungsi di stesen terbabit.

“Pihak operasi sudah mengaktifkan perkhidmatan rel alternatif yang mana semua tren dari arah Putra Heights berpatah balik di stesen LRT Pasar Seni, manakala tren dari arah Gombak, berpatah balik di stesen LRT Damai.

“Buat masa ini, kerja mengenal pasti punca gangguan sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Susulan itu, Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan dialami pengguna dan pengumuman dari masa ke masa akan dibuat menerusi saluran media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen.

Loading...
Terkini