comscore
Tumpuan :
Nasional

LUAS kesan bau abnormal di Sungai Beranang

Sampel air keruh yang dikutip di Sungai Beranang, malam ini. Foto Ihsan FB LUAS

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan bau abnormal sehingga tiga ton di Sungai Beranang menerusi rondaan dan pemantauan, pada jam 8 malam ini.

Susulan itu, Kod Kuning mengikut Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air untuk tindakan siasatan menyeluruh serta pencegahan segera, diaktifkan agensi terbabit.

LUAS menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, pihaknya meningkatkan kekerapan pemantauan di lokasi kepada setiap 30 minit sebagai langkah pemerhatian rapi.

Pada masa sama, siasatan turut dijalankan untuk mengenal pasti punca kepada bau berkenaan di lokasi berkaitan di sepanjang Sungai Beranang.

“Jarak di antara lokasi pengesanan bau abnormal ke Loji Rawatan Air (LRA) terhampir iaitu LRA Semenyih adalah sekitar 14.75 kilometer (km).

“LUAS sedang memantau rapi keadaan semasa dan mengenal pasti punca,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini