comscore
Tumpuan :
Nasional

LUAS kesan buih berbau diesel dekat Sungai Gombak

Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melakukan semakan dan pemantauan selepas mengesan aliran berbuih disusuli bau seakan diesel di Sungai Gombak, semalam. FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Aliran berbuih disusuli bau seakan diesel, dikesan di sebuah tapak projek pembangunan dekat Sungai Gombak, semalam.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, pihaknya mengesan kejadian pada jam 1 petang dan segera bergegas ke lokasi.

“Hasil semakan mendapati berlaku aktiviti pencucian jentera yang mana aliran cucian masuk ke longkang premis dan seterusnya kolam rawatan dan sungai berhampiran.

“Oleh itu, persampelan dilakukan di lokasi-lokasi berkaitan di premis terbabit dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis lanjut,” katanya menerusi hantaran di Facebook, di sini.

Pada masa sama, agensi itu memaklumkan semakan sepanjang hari turut dilakukan untuk mengenal pasti punca aliran berbuih yang dikesan.

“Sekitar jam 8 malam hari yang sama, aliran berbuih dikesan semula di Loji Rawatan Air (LRA) Gombak.

LUAS kemudian melakukan pensampelan bagi mengenalpasti kandungannya.

“Keadaan semasa adalah terkawal dan pasukan LUAS bersama pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjalankan siasatan menjejaki punca aliran berbuih di hulu Sungai Gombak dan anak-anak sungai berkaitan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini