comscore
Tumpuan :
Nasional

LUAS kesan tumpahan minyak di pintu air Jalan Tangki 

FOTO: LUAS

PELABUHAN KLANG: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan tumpahan minyak di pintu air Jalan Tangki di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

LUAS dalam kenyataan berkata, pemerhatian di tapak mendapati, punca tumpahan dari sebuah premis kilang penyimpanan minyak sawit.

FOTO: LUAS

“Semakan lanjut di premis mendapati, terdapat kebocoran paip hos di dalam premis yang menyebabkan tumpahan minyak masuk ke dalam longkang premis dan mengalir ke dalam parit berhampiran.

“Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi,” menurut LUAS dalam kenyataan di Facebook.

Menurut kenyataan itu, pihak premis menghentikan operasi dan melaksanakan pembaikan paip hos terbabit.

LUAS juga sudah mengarahkan pihak premis untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyedutan sisa tumpahan di kawasan terbabit.

“Pada masa sama, pihak bomba juga sudah memasang ‘oil boom’ di parit berkenaan bagi mengawal tumpahan.

“LUAS melakukan pensampelan kualiti air dan sampel tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis lanjut bagi tindakan penguatkuasaan.

“LUAS membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 79, Enakmen LUAS 1999 di atas kesalahan mencemarkan sumber air,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini