comscore
Tumpuan :
Nasional

LUAS sahkan pembersihan kesan diesel di muka sauk LRA Cheras, selesai 

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesahkan kerja-kerja pembersihan susulan penemuan kesan diesel di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Cheras, Batu 11, selesai sepenuhnya malam ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya, LUAS mengesahkan operasi permbersihan yang dijalankan kontraktor yang dilantik di lokasi terlibat telah dilaksanakan dan dipantau rapi oleh LUAS dan selesai pada jam 9.40 malam tadi.

Verifikasi LUAS di lokasi tersebut dan di Sungai Langat mengesahkan bacaan 0 ton dan tiada kesan minyak ditemui.

Justeru operasi pemantauan dan mitigasi ini ditamatkan setelah didapati keadaan Sungai Langat adalah normal dan tiada lagi sebarang potensi atau risiko pencemaran.

Terdahulu, agensi itu mengesahkan berlaku penemuan kesan minyak diesel di muka sauk LRA terbabit, jam 9.30 pagi.

Siasatan mendapati ia berpunca daripada kawasan perindustrian berdekatan berdasarkan bau sehingga dua ton yang dikesan di pembetung terlibat sebelum memasuki Sungai Langat.

LUAS kemudian melaksanakan tindakan pencegahan dengan meletakkan satu beg activated carbon (AC) dan 12 pad minyak dalam pembetung bagi memerangkap dan menghalang aliran kesan minyak dari mengalir.

Pada masa sama, siasatan lanjut menemukan tapak bekas cucian diesel di hadapan premis kosong di kawasan terlibat, disyaki aktiviti pencucian kenderaan dan pelepasan bahan diesel di pembetung berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini