comscore
Tumpuan :
Dewan Rakyat

[VIDEO] Lulus RUU pemansuhan kesalahan cubaan bunuh diri

 

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 bagi memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri.

RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdahulu, ketika membentangkan RUU berkenaan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, pemansuhan Seksyen 309 untuk menidakkan kesalahan percubaan bunuh diri di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan.

Ia menjadi anjakan dalam usaha mencegah kes cubaan bunuh diri di negara ini dan menggalakkan mereka yang terkesan tampil ke hadapan untuk mendapatkan bantuan serta menghapuskan stigma terhadap perbuatan cubaan bunuh diri, seterusnya menurunkan kadar kematian bunuh diri.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh. -FOTO: NSTP

Ketika sesi penggulungan, Ramkarpal berkata, Seksyen 309 Akta 574 wajar dimansuhkan untuk mengubah pendekatan terhadap cubaan bunuh diri daripada yang bersifat punitif kepada pendekatan berasaskan rawatan perubatan.

Bagaimanapun, kesalahan persubahatan membunuh diri di bawah Seksyen 305 dan 306 akta itu akan kekal sebagai suatu kesalahan.

Loading...
Terkini