comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] MA63 bukan untuk dirunding tetapi dilaksanakan – PM

KUCHING: Kerajaan akan berusaha untuk menunaikan janji yang telah dipersetujui ketika termeterainya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan janji yang terdapat dalam perjanjian itu dilaksanakan mengikut acuan yang diingini oleh pemimpin terdahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau menegaskan terdapat perkara-perkara yang termaktub dalam perjanjian terbabit bukan untuk dirunding sebaliknya ia untuk dilaksanakan.

“Tanggungjawab saya sebagai generasi penerus ialah melaksanakan janji dan perjanjian yang dimeterai diantara pemimpin di negara kita tatkala membentuk Malaysia termasuk MA63.

“Ia (Perjanjian Malaysia 1963) bukan untuk dirunding tetapi untuk dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia di Kuching.

Menurut Anwar, dengan kerjasama semua pihak termasuk kepimpinan Sabah dan Sarawak, hampir ke semua perkara yang terkandung dalam perjanjian berkenaan dapat diselesaikan.

Jelasnya, beliau tidak mahu wujudnya perasaan dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak yang mereka telah dipinggirkan dalam soal pembangunan.

Loading...
Terkini