comscore
Tumpuan :
Nasional

Mabuk bersama dua rakan sebelum lemas di tasik lombong

Foto JBPM Perak

KAMPAR: Lelaki warga Nepal yang dikatakan berenang di tasik dalam keadaan mabuk dalam kejadian berdekatan sebuah pasar raya di Gopeng, di sini, malam tadi sudah dijumpai.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata mayat Seroj Senoli, 26, dijumpai oleh pasukan penyelam kira-kira jam 9.45 pagi tadi kira-kira 15 meter dari lokasi mangsa terjun.

Beliau berkata berdasarkan maklumat daripada saksi yang juga rakan mangsa, lelaki berbangsa Nepal itu dipercayai mabuk bersama dua lagi rakannya sebelum dia kemudiannya terjun untuk berenang di tasik berkenaan.

Menurut saksi itu lagi, mangsa berenang ke tengah tasik lombong itu dalam anggaran 15 meter dari tebing sebelum tenggelam.

Pasukan bomba mula membuat pencarian ke atas mangsa selepas menerima panggilan jam 7.37 malam tadi.

Operasi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian diteruskan semula pada pagi ini dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Ipoh dan BBP Kuala Kangsar.

Seramai 21 orang anggota JBPM terbabit dalam operasi itu.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini