comscore
Tumpuan :
Nasional

Mahasiswa generasi benteng pertahanan, jangan khianati negara- Ketua Polis Perak

Oleh: Kumaran Rajamoney

SERI ISKANDAR: Generasi muda terutamanya golongan mahasiswa diseru untuk terus mempertahankan kedaulatan negara dengan menghayati erti kemerdekaan dan pengisiannya.

Ketua Polis Negeri Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, asas seorang rakyat yang bertanggungjawab adalah dengan menjadi benteng negara menerusi kepakaran dalam apa juga bidang yang diceburi.

“Mahasiswa dan mahasisiwi sekalian sebagai genarasi muda, perlu menghayati erti kemerdekaan supaya kamu bersyukur dan berusaha ke arah untuk mempertahankan kemerdekaan yang kita kecapi.

“Jadilah seorang rakyat yang bertanggungjawab. Jangan melakukan perkara yang mengkhianati negara seperti membocorkan rahsia kerajaan, merosakkan alam sekitar negara dan lain – lain,” katanya ketika berucap pada program Bicara Motivasi Mahasiswa Baru di UITM Seri Iskandar, hari ini.

Mahasiswa juga katanya perlu fokus kepada usaha memperkukuh hubungan dengan masyarakat tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan warna kulit.

Tegas beliau, generasi muda wajar menyatakan rasa cinta kepada negara, dan bukannya digunakan di tempat yang tidak sewajarnya seperti merusuh, berdemonstrasi dan sebagainya.

“Pendidikan di peringkat IPT ini, adalah bertujuan untuk melahirkan siswazah yang berkelulusan, berkeupayaan, berkelayakan dan berdaya saing bagi memasuki pasaran pekerjaan nanti.

“Namun begitu, ianya bukan bermaksud bahawa pelajar sekalian hanya perlu fokus kepada pembelajaran sahaja dan megejar kelulusan, sehingga tidak mengambil cakna kepada tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini