comscore
Tumpuan :
Nasional

Mahasiswa UiTM Shah Alam raih sumbangan RM24,000 bantu Orang Asli

 

Oleh: Luqman Kamal

GERIK: Sebanyak RM24,000 sumbangan berjaya dikumpul pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi membantu penduduk Orang Asli di Kampung Charok Bus, di sini.

Sumbangan berupa keperluan asas diagihkan kepada 30 keluarga Orang Asli di kampung berkenaan.

 

Sumbangan berjaya dikumpul menerusi program #INCsight 2024 anjuran pelajar tahun akhir Program Komunikasi Antarapersonal (MC247), Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak.

Menurut Penasihat Program, Puan Norhayati Baba berkata program khidmat masyarakat berkenaan bertujuan memupuk rasa prihatin dan sifat tanggungjawab mahasiswa terhadap masyarakat.

“Mahasiswa dapat mengaplikasikan kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan serta kemahiran komunikasi silang budaya,” katanya.

Program #INCsight 2024 turut menjalankan program advokasi awam bertemakan keselamatan digital, diet seimbang dan pemerkasaan diri melibatkan para pelajar di Sekolah Kebangsaan RPS Banun.

Loading...
Terkini