comscore
Tumpuan :
Nasional

Main mercun bola, mujur tak putus jari…

Tangan kanan Muhammad Iman Fattah menerima rawatan di sebuah hospital swasta. Foto Ihsan Mohd Faizul Mohd Saibani

KLANG: Akibat main mercun bola bersama rakan, seorang kanak-kanak lelaki di Meru di sini, cedera di tangan kanan.

Bapanya, Mohd Faizul Mohd Saibani,44, berkata, dalam kejadian jam 11 malam itu, anaknya, Muhammad Iman Fattah, 11, ingin tidur di surau bersama rakan-rakannya untuk melakukan qiamulail.

Menurutnya, sebaik selesai solat tarawih, dia bersama rakan-rakannya bermain mercun bola api namun ada antaranya meletup terlalu cepat.

“Ketika anak saya ingin membaling mercun itu, tiba-tiba ia terus meletup namun sempat dibaling tetapi percikan api itu terkena di tangan kanan.

“Jemaah surau yang melihat kejadian itu membantu memberi rawatan awal sebelum anak saya pulang ke rumah.

“Selepas mengetahui kejadian itu, saya kemudian membawa anak ke klinik di Rantau Panjang sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta di Klang,” katanya hari ini.

Mohd Faizul berkata, anaknya itu kemudian ditahan di wad dan hasil pemeriksaan X-Ray mujur tangannya tidak mengalami kecederaan serius serta tidak perlu menjalani pembedahan.

“Saya bersyukur tangan anak tidak mengalami kecederaan serius.

“Selepas kejadian ini anak saya serik untuk bermain mercun kerana hampir kehilangan jari tangannya,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini