comscore
Tumpuan :
Nasional

MAINJ, Polis mulakan siasatan menyeluruh terhadap GISBH

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid

KLUANG: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah memulakan siasatan menyeluruh terhadap operasi pertubuhan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di negeri Johor.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pihaknya memandang berat pelbagai dakwaan yang membabitkan pertubuhan berkenaan.

Justeru, MAINJ bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap GISBH di Johor dengan tujuan untuk memelihara kemuliaan dan kesucian agama Islam.

“Kami amat mengalu-alukan aduan daripada orang awam termasuk ahli atau bekas ahli pertubuhan itu bagi menyalurkan maklumat yang relevan bagi membantu siasatan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Dewan Undangan negeri Semerah Batu Pahat itu menegaskan, MAINJ akan menggunakan seluruh kekuatan perundangan dan juga enakmen undang-undang sedia ada bagi mengekalkan keamanan beragama dan peraturan dipatuhi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini