comscore
Tumpuan :
Nasional

MAINPP siasat perkahwinan ‘dua wanita’

Foto : NSTP

GEORGE TOWN: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan menyiasat berhubung wujudnya majlis meraikan perkahwinan sejenis yang membabitkan dua wanita di Balik Pulau.

Ini susulan beberapa keping gambar tular di Facebook hari ini, yang memaparkan dua wanita yang terdiri daripada warga tempatan dan luar negara bercumbu di sebuah premis inap desa persendirian di Balik Pulau.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, sekiranya berlaku, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang berikutan Malaysia melarang aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Kita akan dapatkan lebih banyak maklumat bagi menentukan kesahihan dakwaan mesej tular itu.Namun, jika ia benar berlaku tindakan mengikut lunas undang-undang berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Menerusi hantaran yang tular itu, perkahwinan terbabit dikatakan berlangsung pada bulan lalu dan dihadiri ahli keluarga serta teman rapat.

Selain itu, wanita tempatan itu juga didakwa bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pulau Tikus bagi tempoh 2013 hingga 2018.

Loading...
Terkini