comscore
Tumpuan :
Nasional

MAIS arah kajian isu GISBH dikemuka pada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

Oleh : Siti Khadijah Jaafar

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor, MAIS akan mengemukakan semua hasil kajian dan perbincangan yang dibuat entiti itu berhubung penglibatan Global Ikhwan Service and Business Holdings GISBH dalam penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran islam kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor .​​​​​​​

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof,  ia bagi memastikan segala persoalan  berkaitan hukum syarak dapat diputuskan dengan segera oleh jawatankuasa berkenaan.

Menerusi satu kenyataan, beliau memaklumkan,  kajian berhubung penglibatan  GISBH dan rangkaiannya itu telah dilaksanakan pihaknya sejak tahun 2020.

Ia juga telah dibincangkan secara serius dalam beberapa siri perbincangan dan mesyuarat di peringkat jawatankuasa MAIS sebelum tangkapan dan siasatan pihak polis terhadap penghuni di beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu tular, baru-baru ini.

“Hasil kajian tersebut juga turut merangkumi isu penglibatan GISBH dalam ajaran kumpulan Al-arqam dan rangkaiannya yang telah diharamkan menurut fatwa yang telah diwartakan negeri Selangor pada 4 Februari 1993, 11 Ogos 1994 dan 21 Disember 2006. Tindakan ini dibuat selaras dengan Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003”, katanya.

MAIS juga komited untuk membanteras isu akidah termasuk penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran islam daripada berleluasa dalam negeri Selangor.

MAIS dan semua agensi hal ehwal islam negeri juga tidak akan berkompromi dengan GISBH atau rangkaiannya atau mana-mana pihak lain yang terlibat dengan kesalahan akidah.

Malah gerakan bersepadu antara semua agensi berkaitan akan diperhebat untuk memastikan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan jenayah tersebut mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini