comscore
Tumpuan :
Nasional

MAIS peruntuk RM600,000 setahun, bantu anak yatim

FOTO: Ihsan MAIS

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LANGAT: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sebanyak RM600,000 tahun ini bagi membantu kebajikan anak-anak yatim di seluruh negeri Selangor.

Majlis penyerahan cek diperkenankan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Serahan disempurnakan Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Duit Hari Raya Aidilfitri 2024, Daerah Kuala Langat di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Kebun Baru, Telok Panglima Garang.

Sementara itu, Abdul Aziz dalam ucapannya berkata,  sumbangan itu menunjukkan MAIS komited dalam membantu kebajikan anak yatim di seluruh negeri Selangor.

FOTO: Ihsan MAIS

“Peruntukkan yang disediakan ini menunjukkan MAIS juga sangat menekankan hal ehwal kebajikan dan pengurusan anak-anak yatim dalam meneruskan kelangsungan hidup khususnya di negeri Selangor ini,”katanya.

Selain itu, bagi penyerahan sumbangan hari raya anak yatim di seluruh negeri Selangor pada tahun ini, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah memperuntukkan sejumlah RM1.7 juta kepada 11,386 orang anak yatim yang telah berdaftar di bawah YIDE.

FOTO: Ihsan MAIS

Dana sumbangan diberikan menerusi peruntukkan Baitulmal MAIS kepada YIDE selaku anak syarikat MAIS yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim sekitar negeri Selangor.

Sebagai sebuah agensi Islam yang bertanggungjawab dalam menyantuni anak yatim, MAIS berharap bantuan yang disumbangkan dapat dimanfaatkan untuk pengurusan rumah anak yatim yang berdaftar di bawah YIDE di samping dapat memelihara kebajikan dan hal ehwal pengurusan anak yatim di negeri Selangor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini