comscore
Tumpuan :
Nasional

Majikan boleh ganti cuti hari lain sebagai cuti umum bergaji kepada pekerja

FOTO: Kenyataan media Kementerian Sumber Manusia

PETALING JAYA: Majikan boleh memberikan cuti pada hari Isnin, bertarikh 28 November atau menggantikan mana-mana hari lain sebagai cuti umum bergaji kepada pekerja susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan Isnin sebagai cuti umum.

Cuti itu telah diisytiharkan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang juga adalah cuti umum yang diperuntukkan kepada pekerja di sektor swasta menurut Seksyen 60D (1) (b) Akta Kerja 1955.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan memaklumkan majikan dikehendaki berbincang dengan pekerja mereka sama ada memilih tarikh tersebut sebagai cuti umum atau menggantikannya dengan tarikh yang lain.

Sekiranya tiada penggantian, pekerja yang bekerja pada tarikh tersebut layak menerima kadar gaji bagi cuti umum.

Kementerian Sumber Manusia turut menggesa majikan untuk memenuhi pemberian hari cuti umum tambahan tersebut kepada para pekerja.

Semalam Datuk Seri Anwar mengumumkan Isnin ini sebagai cuti umum selepas beliau diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.

Loading...
Terkini