comscore
Tumpuan :
Nasional

Majlis Santapan Negara raikan lawatan pertama Presiden Singapura ke Malaysia

FOTO: Istana Negara

KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Negara sempena Lawatan Negara Presiden Singapura, Halimah Yacob di Istana Negara, hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

FOTO: Istana Negara

Ini merupakan lawatan negara sulung, Halimah Yacob dan suami, Mohamed Abdullah Alhabshee ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam (20 Mac 2023).

Majlis Santapan Negara bagi meraikan Presiden Singapura itu diadakan seusai Istiadat Sambutan Negara dan Majlis Penanaman Pokok Gelam serta majlis menghadap yang juga berlangsung di Istana Negara.

Hadir sama, menteri-menteri kabinet, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, ketua-ketua perkhidmatan dan para perwakilan asing ke Malaysia.

Loading...
Terkini