comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Malam kemuncak ABPBH 35 rekod 5.6 juta tontonan di TV3

PETALING JAYA: Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 merekodkan 5.6 juta tontonan di TV3.

Acara berprestij bertemakan Ekspresi Legasi Seni serta disiarkan secara langsung oleh TV3 dan strim ‘live’ Tonton dari Panggung Sari, Istana Budaya (IB) di ibu negara, Jumaat lalu itu turut merekodkan 2.9 bilion capaian di platform digital selama tujuh hari mulai 17 Julai lalu.

Sementara itu, ABPBH 35 turut mencipta kejayaan lain apabila dapat menghimpun calon Top 5, hos, penyampai trofi dan artis membuat persembahan dalam kalangan bintang legenda dan bakat baharu platform digital dan merekodkan sebanyak 439,634 tontonan ketika penstriman langsung dari segmen karpet merah hingga persembahan malam kemuncak di Tonton.

Dalam satu kenyataan, TV3 memaklumkan semua data membabitkan tontonan dan capaian digital ABPBH 35 diperoleh daripada sumber Nielsen, Meltwater dan Tonton.

Lebih mengujakan apabila artis ‘senior’, Bell Ngasri telah dipilih sebagai pemenang Bintang Paling Popular.

Selain trofi, Bell yang menjadi calon paling diminati netizen sejak pusingan awal ABPBH 35, turut diumum pemenang kategori Artis Komedi Popular menewaskan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.

Bagi kategori Bintang Paling Popular yang turut dimenanginya, Bell membawa pulang trofi, kotak eksklusif Fellera Skin X ABPBH 35 dan pakej umrah tajaan Fellera Skin.

ABPBH 35 yang dihostkan pengacara Johan dan Ain Edruce, diajaibkan penaja utama, Fellera Skin.

Pada malam kemuncak ABPBH 35, pemenang 12 kategori utama diumumkan iaitu BBNU Lelaki Popular dimenangi Amir Ahnaf; BBNU Wanita Popular (Anna Jobling); Penyanyi Lelaki Popular (Khai Bahar); Penyanyi Wanita Popular (Aina Abdul) dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (Dolla).

Turut meraih trofi adalah Aktor Filem Popular dimenangi Beto Kusyairy; Aktres Filem Popular (Sophia Albarakbah); Aktor TV Popular (Meerqeen); Aktres TV Popular (Anna Jobling); Penyampai Radio Popular (Tyzo) dan Pengacara TV Popular (Elly Mazlein).

Antara lain yang diumumkan, pemenang tujuh kategori sampingan, Ekstra! iaitu Couple Drama Popular yang diraih Meerqeen dan Anna Jobling melalui drama Melur Untuk Firdaus; Couple Filem Popular (Datuk Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa dalam filem Dekatnya Cinta); Drama Popular (Melur Untuk Firdaus) dan Lagu Paling Boom (Terus Hidup/Aina Abdul).

Turut mencipta kejayaan Content Creator Popular dimenangi Alieff Irfan ; TikTokers Popular (Sally Whoo) dan Lawak Viral Popular (Syahmi Sazli, Asif dan Yoe Parey).

ABPBH 35 turut menghadiahkan Anugerah Khas Ekspresi Legasi Seni ABPBH 35 kepada pelakon Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh dan Anugerah Eksplorasi Seni ABPBH 35 kepada penyanyi Malaysia mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna atau nama sebenar, Yunalis Mat Zara’ai.

Loading...
Terkini