Tumpuan :
Nasional

Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan Kerjasama

Foto: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan pada pertemuan beliau dengan Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah pagi tadi.

“Kami bicara terkait usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara meliputi pelbagai bidang khususnya perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan serta hal ehwal sempadan,” katanya menerusi hantaran di laman social Facebook.

Brunei adalah rakan perdagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2023 dengan nilai dagangan sebanyak AS$2.04 bilion (RM9.31 bilion).-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini