comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia cadang perluas pengiktirafan sijil Halal JAKIM ke lebih banyak negara 

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Malaysia bercadang untuk memperluas pengiktirafan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke lebih banyak negara menerusi kerjasama diplomasi Halal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini di peringkat global terdapat 88 buah negara yang telah mengiktiraf sijil Halal JAKIM.

Selain itu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam setiap lawatannya ke luar negara sentiasa menekankan tentang perkara berkenaan.

Datuk Seri Ahmad Zahid berkata demikian pada Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC) 2024 sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di sini, hari ini.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini