comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia dan Mesir teruskan perbincangan penghantaran bantuan ke Gaza

FOTO: Zahid Hamidi/ Facebook

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Mesir meneruskan perbincangan mengenai rancangan penghantaran bantuan melalui Ops Ihsan menerusi sempadan Rafah yang dijadualkan Mac depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,berkata, perbincangan itu diadakan dengan Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasar ketika beliau mengunjungi dan memenuhi jemputan makan malam di kediaman perwakilan Mesir itu.

Katanya, perbincangan itu juga turut membicarakan mengenai perkembangan terkini di Gaza.

“Semoga perbincangan itu dapat meneruskan usaha murni penyaluran bantuan kepada mangsa konflik peperangan di Palestin,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya, hari ini.

Beliau berkata, kunjungan itu akan menyerlahkan keakraban hubungan diplomatik antara Malaysia dan Mesir.

FOTO: Zahid Hamidi/ Facebook

Selain membuka ruang pertukaran pandangan mengenai isu-isu penting serantau dan global, peluang meningkatkan kerjasama ekonomi, kolaborasi pendidikan dan memperkukuhkan hubungan dua hala yang lebih erat.

“Semoga ukhwah yang terjalin antara Malaysia dan Mesir terus berkekalan serta menatijahkan kebaikan buat kedua negara untuk terus bekerjasama mencipta kejayaan dan memacu kemajuan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini