comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Malaysia dapatkan bekalan bawang dari China, Pakistan 

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mendapatkan bekalan bawang dari China dan Pakistan sebagai langkah alternatif  susulan keputusan India melarang eksport sayuran berkenaan sehingga Mac tahun depan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata langkah itu tidak akan memberikan banyak kesan terhadap harga runcit bawang.

“Alternatifnya, kita akan cuba dapatkan daripada China dan Pakistan, insya-Allah dan kita dah bersedia ke arah itu.

“Kesan (harga) tak banyak, harganya nanti Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna (KPDN) akan bincang, tapi kesannya tidak banyaklah kerana kita dapat (bawang) daripada China dan Pakistan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen  Pemuda Parti Amanah Negara di sini hari ini.

Sebelum ini, India yang menyumbang sebanyak 36 peratus kepada import bawang ke Malaysia
mengenakan larangan eksport  sehingga Mac tahun depan.

Langkah itu diambil bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna di negara itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini