Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
SEPANG : Malaysia hari ini ‘menerbangkan’ 20 tan barang keperluan untuk kegunaan rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik peperangan di Gaza.
Penghantaran itu adalah fasa pertama daripada 50 tan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai kira-kira RM7juta dan akan diterbangkan ke Al-Arish, Mesir sebelum disalurkan kepada rakyat di Gaza.

Bantuan yang dikenali sebagai ‘Ops Ihsan’ itu adalah hasil kerjasama sejumlah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan sokongan Kementerian Luar Negeri.
Pelepasan penghantaran bantuan itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam ini.