comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia – Indonesia dalam fasa muktamadkan perjanjian rentas sempadan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Oleh Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR : Malaysia dalam fasa memuktamadkan perjanjian rentas sempadan bersama Indonesia melibatkan sempadan di ibu kota baharu, Nusantara di Kalimantan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution memberitahu perjanjian itu melibatkan pintu masuk baharu yang mesti dipersetujui selain kawasan yang boleh diakses penduduk kedua-dua negara serta semakan terhadap elemen perundangan.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Anak Gingkoi berkenaan langkah proaktif meningkatkan keselamatan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di sempadan Malaysia.

“Kita dalam fasa memuktamadkan tiga perkara.. pertama senarai pintu masuk yang telah kita wartakan dan kemungkinan pintu masuk baharu yang mesti dipersetujui.”

“Sekarang sedang dimuktamadkan dalam Perjanjian Rentas Sempadan yang dalam pembikinan, yang kedua kita telah setuju kedua dua negara ini utk memuktamadkan area of akses, sebab apabila pintu masuk dibuka flow aliran keluar masuk dua negara akan berlaku.” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Tegas beliau, jika perkara itu tidak dilakukan secara berhati-hati akan ada pontensi perlanggaran undang-undang kedua-dua negara selain ancaman luar jangka.

Jelasnya, kerajaan sentiasa mengikut proses mekanisme yang betul untuk kepentingan Malaysia – Indonesia terutama berkaitan keselamatan sempadan.

Datuk Seri Saifuddin berkata perjanjian itu dijangka ditandatangani Presiden Indonesia, Jokowi Widodo apabila presiden itu melawat Malaysia tahun ini.

Loading...
Terkini