comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia, Kazakhstan sepakat teroka kerjasama baharu bagi kukuhkan hubungan – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev di Akorda di Astana, Kazakhstan. -Foto: Anwar Ibrahim / Facebook

ASTANA, Kazakhstan: Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk meneroka peluang kerjasama baharu, sekali gus terus memperkukuh hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan empat mata dengan Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev di Istana Presiden (Akorda), di sini.

Dalam pertemuan sempena lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri ke negara itu, Anwar berkata, mereka turut membincangkan perkara penting terkait hubungan Malaysia dan Kazakhstan serta turut menyentuh isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

 

Perdana Menteri disambut dalam majlis sambutan rasmi oleh Presiden Tokayev di Istana Presiden (Akorda).

“Saya dan delegasi Malaysia menghadiri majlis sambutan rasmi oleh Presiden Tokayev di Istana Presiden (Akorda).

“Saya dan Presiden Tokayev mengadakan pertemuan empat mata bagi membincangkan perkara penting terkait hubungan Malaysia dan Kazakhstan serta turut menyentuh isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

“Kami berdua kemudiannya mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala bagi membincangkan dengan lebih meluas kerjasama kedua-dua negara yang merangkumi pelbagai sektor seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan tinggi, pelancongan, dan industri halal.

“Kedua-dua negara juga sepakat untuk terus memperkukuh hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992 serta meneroka peluang kerjasama baharu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

 

Mesyuarat dua hala bagi membincangkan dengan lebih meluas kerjasama kedua-dua negara yang merangkumi pelbagai sektor seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan tinggi, pelancongan, dan industri halal.

Perdana Menteri dan delegasi Malaysia juga turut diraikan dalam majlis makan malam selain dibawa melawat kawasan sekitar Istana oleh Presiden Tokayev.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini