comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia kekal pendirian tidak benarkan syarikat Israel masuk- PM 

FOTO: NSTP

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PUTRAJAYA: Malaysia kekal dengan pendirian tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpengkalan di Israel, ZIM berlabuh masuk ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berkata, kemasukan kapal ZIM ke negara ini hanya berlaku ketika pentadbiran Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tak ada. Kita tak benarkan. Yang benarkan 2002 itu Tun Mahathir, bawak ZIM, kita dah batalkan, ingat? 2002, yg benarkan kapal Israel masuk tu Mahathir masa dia jadi PM, dia bagi alasan.Kemudian diteruskan sehinggalah kita batalkan, jemaah menteri batalkan, itu pendirian kita”,katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional, NACS di Putrajaya sebentar tadi.

Mimgggu lalu sebuah portal berita melaporkan sebuah kapal kargo ZIM Rotterdam yang dimiliki syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services, berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu, sebelum berlepas sehari kemudian menuju ke Pelabuhan Shantou, China.

Ia berdasarkan semakan terhadap aplikasi yang mengesan pergerakan perkapalan antarabangsa, Marine Traffic.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini